Gabungan Jaclyn Victor, Siti Nordiana Hangatkan Pentas Prelude AJL33

Pemenang Anugerah Juara Lagu 2005 ini nampaknya masih berbisa dalam memberikan persembahan yang begitu mantap. Menghangatkan pentas showcase prelude AJL33 menerusi lagu yang membawa nama bintang ini terus dikenali, Jaclyn Victor antara artis  yang pastinya memberikan persaingan hebat buat finalis AJL33 yang lain.

Dengan lagu berentak pop, Jaclyn sekali lagi tidak menghampakan peminatnya apabila membawakan lagu Ikut Rentakku dengan kualiti vokal yang masih berbisa walaupun sedikit menyepi sejak mendirikan rumahtangga bersama penyanyi, Shawn Rivera.

 

Nampaknya sekali lagi, pentas prelude bergema dengan sorakan peminat apabila Jaclyn Victor dan Siti Nordiana tampil membawakan lagu Nisan Cinta yang menjadi antara lagu finalis bagi AJL33 yang akan datang tidak lama lagi.

Jadi, bagi peminat Jaclyn Victor dan Siti Nordiana, korang jangan lepaskan peluang untuk undi penyanyi kesayangan korang ni di www.xtra.com.my!

Salma Syahbuddin