Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 8:56pm

Gabungan Luca Sickta, Kmy Kmo & Yonnyboii Dalam ‘Perlu’

Tiga bintang rap terkenal, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii bergabung memperkenalkan sebuah lagi karya istimewa berjudul Perlu.

Muncul dengan buah tangan baharu untuk mengubati kerinduan peminat, melodi dan lirik diiilhamkan oleh mereka sendiri selaku komposer dan penulis.

“Saya membayangkan seolah-olah saya sedang berbual dengan diri saya dari masa lalu dan sedang cuba menyelamatkannya daripada masalah yang mengelilinginya. Saya ingin menyampaikan bahawa kita harus selalu menikmati hari ini dan jangan ragu-ragu walau apa pun yang bakal tiba di masa hadapan,” ujar Yonnyboii membuka bicara tentang lagu ini.

Berbicara mengenai proses penciptaan dan penerbitan lagu, Luca Sickta menjelaskan bahawa demo versi pertama ‘Perlu’ sebenarnya telah dirakam pada tahun 2021 oleh Yonnyboii, digubah kembali untuk mendapat kesimbungan kami berdua.

“Proses gubahan muzik memakan masa dua tahun dan akhirnya siap di penghujung tahun 2023 setelah selesai proses rakaman bersama Kmy Kmo. Untuk lagu ‘Perlu’ ini juga saya dan dan Kmy keluar dari zon selesa kami dan kami bayangkan kami sendiri di dunia Yonnyboii untuk mendapat keserasian.

“Walaupun memakan masa yang agak lama dari biasa namun dengan kesefahaman antara kami ianya mampu dibina kerana initipati lagu ‘Perlu’ sendiri telah memudahkan dan menyempurnakan karya kali ini,” jelas Luca Sickta.

Semestinya lagu ini turut ditampilkan bersama sebuah video muzik menarik untuk menghangatkan lagi kehadiran karya ini.

“Konsep untuk video muzik lagu ‘Perlu’ ini adalah lebih ke arah penonjolan perspektif dua dunia berbeza dari setiap karakter terbabit yang ingin menceritakan perjalanan masing-masing. Ia mengisahkan tentang kita semua yang sentiasa hidup dalam dua watak yang berbeza.

“Bila setiap kali kita jatuh dengan watak negatif, watak positif akan hadir untuk bantu membakar semangat kita semula supaya terus yakin dalam setiap hasil usaha,” tambah Kmy Kmo tentang video muzik lagu ini.

Menurut mereka bertiga terdapat banyak lagi karya yang bakal dikeluarkan dan mereka sangat berharap supaya semuanya sempat dilancarkan tahun ini.

“Apa yang saya harapkan adalah, semoga lagu ‘Perlu’ ini dapat diterima ramai khususnya berkat sokongan kuat pendengar-pendengar yang sentiasa menyokong karya kami. Saya juga hara, para pendengar dapat menghayati setiap bait-bait lirik yang sarat dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pelita hidup,” tambah Kmy Kmo menutup bicara.

Perlu boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music serta muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Kmy Kmo pada April lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Oct 2023

Lalui Pengalaman Pahit Masa Kecil, Janna Nick Tebus Luka Zaman Kanak-Kanak Dalam Teater?

Kita tak dapat mengubah masa silam, tapi kita boleh ubah nasib kita sekarang

Hiburan Thu, 21 Oct 2021

Insomniacks Rakam Semula Lagu Reminisensi

Sepanjang enam tahun terbabit dalam bidang muzik, band yang dianggotai empat anak muda yang dikenali sebagai Insomniacks ini sudah mampu tersenyum lebar dengan pencapaian diraih mereka. Apatah lagi album EP berjudul Kepala Batu yang dilacarkan […]

Trending Tue, 17 Jul 2018

「印尼僵尸节」挖亲人尸体精心打扮过节

印尼南苏拉威西地区有一个奇特的节日,当地人会把过世亲人的尸体挖出来,梳洗打扮之后,为他们穿上新衣服,举行专门的仪式。