Gamit Nostalgia…Awie Serap Mood ‘Jiwang’

Penyanyi terkenal, Datuk Awie bakal menghadiahkan sesuatu buat para peminatnya sempena ulang tahun ke 25 dalam industri nyanyian.

Di usia 51 tahun, Awie yakin peminat sudah tidak sabar menyaksikan persembahan lagu-lagu popularnya dengan susunan muzik yang lebih segar.

“Saya angkat tema cinta dalam konsert kali ini. Kesemua lagu nyanyian saya dalam mood romantis dengan susunan muzik lebih segar.

“Semua tentang cinta. Kemungkinan besar akan ada juga elemen drama dan monolog di konsert itu nanti.

“Selepas sekian lama tidak buat konsert solo, ini masanya. Bukan saya sahaja teruja malah peminat juga pasti tidak sabar,” katanya.

Konsert istimewa itu akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada jam 8 malam, 15 Februari tahun depan.

Tambah Awie, sebanyak lebih 10 buah lagu akan dipersembahkan di malam konsert itu nanti.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memaklumkan dia juga sudah ‘melamar’ beberapa penyanyi popular antaranya Hajah Erra Fazira dan Ziana Zain.

Dalam perkembangan lain, Awie dan kumpulan Wings bakal membuat persembahan di Sunday Night Live pada Ahad, 6 Oktober depan.

Dapatkan tiket pada harga RM 100 dengan menghubungi 03-2715 5555.

Oleh: Fas

SGMS Faida