Gara-Gara Foto Dengan 2 Remaja, Netizen Tuduh Engku Emran & Fiza Halim Bercinta! Rupa-Rupanya…

Kontroversi melibatkan status rumah tangga antara usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor dan suami, Engku Emran masih menjadi tanda tanya, apatah lagi pasangan ini masing-masing mengambil keputusan untuk mengunci mulut.

Namun, menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Engku Emran didakwa sedang menjalin hubungan bersama pelakon dan penyanyi, Fiza Halim selepas video tular memaparkan dirinya bersama dua orang remaja yang didakwa anak kepada bekas anggota Elite itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran tersebut.

Malah, ada yang tampil menggelar Engku Emran sebagai ‘Wedding Ring Collector’ dan lelaki yang mempunyai ciri ‘Red Flag’ akibat sering bertukar-tukar pasangan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi ruangan komen balas berkenaan, terdapat segelintir netizen yang mengatakan remaja yang bersama Emran dalam foto tular itu adalah anak buahnya, Maja serta Aisa dan bukannya anak kepada aktres berkenaan seperti yang didakwa.

 

Sebelum ini, kontroversi melibatkan status hubungan antara Engku Emran dan  Noor Nabila menjadi perhatian selepas kakak kepada Neelofa itu tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya di media sosial.

Bahkan, ketika Nabila mengerjakan umrah bersama anaknya, Jebat Jayden dan ahli keluarga yang lain, kelibat Engku Emran juga tidak kelihatan sekaligus menguatkan lagi desas-desus mengenai keretakan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Sharnaaz Ahmad sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan meminta masyarakat supaya menjaga sensitiviti dan perasaan Engku Emran apabila aktor filem The Original Gangster itu kerap didoakan agar kembali bersatu dengan bekas isterinya.

“Saya tahu akan kewujudan video-video yang dimuat naik peminat di TikTok dan saya ada menonton. Saya pun tak boleh nak menghalang mereka kerana itu akaun media sosial mereka.

“Tapi, kita kena sedar bahawa Nabila berstatus isteri orang. Janganlah berdoa seperti ingin meruntuhkan masjid orang lain.

“Kena fikir juga sensitiviti suaminya sebab dia pun ada perasaan. Dia bukan robot,” katanya.

Salma Syahbuddin