Tak Tahan Kena Herdik Netizen, Aliff Syukri Mengaku ‘Prank’ Yana Samsudin… Ramai Tak Terkejut!

Selepas ramai yang melakukan pelbagai spekulasi terhadap Datuk Seri Aliff Syukri berkenaan pasu bernilai RM400,000 yang dipecahkan pelakon Yana Samsudin, usahawan sensasi itu akhirnya tampil memberi penjelasan.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di Instagram miliknya, Aliff mengaku kejadian tersebut dirancang sebagai ‘prank’ untuk Yana dalam sebuah program televisyen.

Aliff berkata, dia hanya menjalankan tugas sebagai artis jemputan untuk terlibat dalam lakonan ‘prank’ untuk Yana namun caci maki netizen di media sosial baginya agak melampau.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tapi penghinaan netizen kat saya melampau. Sedih saya awak.

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada marketing mana-mana pihak, mahupun tiada pergaduhan sebenar berlaku,” tulisnya.

Video berkenaan meraih banyak komen warganet yang langsung tidak terkejut dengan pengakuan itu.

Malah, ramai mengakui sudah ‘lali’ dengan kontroversi murahan yang dilakukan oleh Aliff.

Nurul Hana