Gara-Gara Isu Penyondol, Nama Marissa, Norman Hakim & Abby Abadi Trending Di Platform X

Timbul dakwaan anak kedua kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania, 18, mengganggu rumah tangga orang sedang hangat diperkatakan.

Menerusi platform X, nama Marissa, Abby dan Norman sudah menjadi ‘trending’ nombor satu di Malaysia.

Nama Marissa semakin disebut-sebut selepas bekas isteri kepada si pelaku, Aslam iaitu dikenali sebagai Misya mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

Berdasarkan pemerhatian, pelbagai reaksi daripada netizen mengenai isu tersebut.

Rata-rata netizen seakan tidak percaya jika Marissa merupakan ‘penyondol’ seperti yang didakwa bekas isteri serta mendedahkan perbuatan curang bekas suaminya.

Menurut Misya, dia mendakwa bekas suaminya dan Marissa sudah diberi peluang berkali-kali.

“Bukan sekali peluang ya, ini peluang ke tiga Allah tunjuk sekejap, sekejap betullah betul, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,” ujarnya.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut juga sudah mendapat lebih daripada 4 juta ‘views’ daripada pengguna platform X.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa Yang Bersumpah Dan Junjung Al-Quran? Cerita Tu Bagi Jelas” – Abby Abadi Berang, Perjelas Kenyataan Kakak Mangsa Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

Maya Basir