Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan – “Saya Tengah Nak Mengarang Ni”

Susulan tular beberapa kenyataan yang didakwa tidak jelas dari pihak keluarga mangsa sebelum ini,  Abby Abadi memaklumkan, dia tidak berasa berang dengan respons yang ditinggalkan berhubung isu tular tersebut.

Katanya, dia hanya sekadar menulis dan membaca respons yang diberikan oleh warganet.

“Bila yang saya berangnya? Saya tulis je pun. Memandai je cakap saya berang.

“Saya tengah rileks je baca komen-komen orang-orang Malaysia. Sangat menakutkan ya.

“Bila ada isu, lajunya tangan tu. Ingat mati,” katanya.

Perkara itu dikongsi Abby menerusi tangkap layar di Instagram Story miliknya bagi membalas artikel yang diterbitkan oleh XTRA sebelum ini.

Dalam pada itu, Abby memohon sedikit lagi masa untuk menjelaskan hal terbabit kepada umum memandangkan dia kini sedang menulis sendiri kenyataan terbabit.

“Saya tengah nak mengarang ni.

“Bagi masa kejap ya. Lebih suka tulis sendiri, biar puas,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Siapa Yang Bersumpah Dan Junjung Al-Quran? Cerita Tu Bagi Jelas” – Abby Abadi Berang, Perjelas Kenyataan Kakak Mangsa Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN:Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

ARTIKEL BERKAITAN:”Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga… Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel?

Salma Syahbuddin