Gara-Gara Juita, Netizen Letak Harga RM150 Untuk ‘Bersama’

Gara-gara watak Juita yang menggoda, pelakon jelita Azar Azmi menerima mesej DM di laman sosial daripada individu yang mengajaknya melakukan hubungan seks ‘style’ kucing.

“Ada juga nak tempah ‘khidmat’ saya pada harga RM150 dan bila tengok akaun media sosial mereka, kebanyakkannya dewasa.

“Saya malas nak jawab atau balas komen nakal mereka. Saya anggap itu hanya usikan sebab terpengaruh dengan drama Nur 2,” kata Azar.

Azar ditemui pada sidang media program khas Ramadan 2019 ‘Sucinya Ramadan’ di Angkasapuri, kelmarin juga akui belum menerima mesej berbaur ugutan seperti pernah diterima Azhan Rani, sebelum ini.

“Alhamdulillah rezeki lakonan mencurah-curah sampaikan jadual saya penuh sampai ke hujung tahun.

“Nur 2 buka banyak peluang kepada saya tahun ini malah dapat tawaran pelbagai watak, bukan sekadar watak antagonis,” katanya.

Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin ditayangkan di TV3 bakal melabuhkan tirai pada hari ini. Saksikan episod akhir Nur 2 pada jam 10 malam di TV3 dan www.tonton.my. 

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida