Gara-Gara Sakan Menggendong Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf – “Anak Anjing Itu Terlalu Comel Tapi…”

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah memohon maaf terhadap semua pihak yang berasa kurang senang dengan tindakannya menggendong anjing baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro,  ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia menerima segala teguran  dan kecaman terhadapnya.

Malah, dia juga berharap agar isu itu tidak disensasikan oleh mana-mana pihak.

“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.

“Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.

“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka.

“Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Terdahulu, tindakan Sakinah menggendong dan menari bersama haiwan itu ketika bercuti di Bali, Indonesia mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga ada yang mempersoalkan hukum halal dan haram yang semakin diambil mudah.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Sharifah Sakinah Sakan Gendong Anjing? Netizen Komen: “Memang Lah Boleh Samak, Tapi Rajin Ke? Tanya Je..” 

Salma Syahbuddin