“Saya Sudah Tua” – BCL Enggan Miliki Zuriat Diusia 40 Tahun?

Penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari (BCL) enggan memiliki zuriat diusia 40 tahun walaupun dia baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.

Katanya dalam satu temu bual yang tular di TikTok, dia tidak mahu memiliki anak kerana takut akan risiko yang bakal dihadapi kelak.

“Saya rasa tidak, saya sudah tua. Kalau mahu anak sepatutnya masa umur 27 tahun. Sekarang ni sudah 40 tahun.

“Sebab kalau pregnant diusia 40 tahun dan ke atas itu berisiko,”ulasnya.

Dalam pada itu, BCL sempat berkongsi bahawa selepas kematian Allahyarham Ashraf Sinclair, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti, sebaliknya mahu meneruskan kehidupan dengan penuh bermakna.

“Dulu tu saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi sama sekali tidak terfikir mencari pengganti sebaliknya terfikir ‘mungkin ada tak’ yang sama seperti Ashraf.

“ Jadi, hanpir lapan bulan selepas arwah tidak ada lagi, saya menangis setiap hari dan menjalani duka itu.

“Kemudian saya cuba untuk membuka lembaran baru. Pastinya ada perbezaan kerana Tiko bukan Ashraf. Saya juga sudah berbeza kerana harus menjalani hidup baru,” katanya.

Terdahulu, Bunga dan Tiko menamatkan status ibu dan bapa tunggal mereka selepas mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember lalu.

 

Salma Syahbuddin