Tular Foto Bersama Lelaki Atas Pelamin, Hidayah Akhirnya Buka Mulut! Rupanya…

Susulan foto tular yang dimuat naik oleh balu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey iaitu, Siti Norhidayah Mohd Ali baru-baru ini, akhirnya tuan empunya badan tampil memberikan penjelasan.

Katanya, foto lelaki misteri yang enggan didedahkan identitinya itu merupakan anak saudaranya.

Malah, tujuan foto tersebut dimuat naik adalah disebabkan, dia sengaja mahu mengukur tahap ketinggiannya.

“Anak saudara lebih tinggi daripada mak saudaranya. Saja nak ukur ketinggian,” katanya.

Hidayah memaklumkan mengenai perkara itu menerusi komen balas yang ditinggalkan di platform media sosial miliknya.

Terdahulu, Hidayah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik foto bersama lelaki berkenaan dengan memakai busana berona sedondon.

Bahkan, rata-rata pengikutnya turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar Hidayah bahagia dan dipermudahkan segala urusan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Berpakaian Sedondon Bersama Lelaki Atas Pelamin, Hidayah Abam Bertunang? Netizen Komen: “Sokong 200%! Awak Berhak”

 

Salma Syahbuddin