Categories: HiburanTrending

Gara-Gara Tayang Foto Aksi Mesra Dengan Kekasih, Atiq Azman Ditegur… Netizen Kaitkan Dengan Status ‘Budak Tahfiz’

Perkongsian foto pelakon Atiq Azman bersama teman wanitanya, Sya di dalam kereta telah menarik perhatian pengguna media sosial, baru-baru ini.

Menerusi wawancara Atiq atau pemilik nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah dengan sebuah portal, muat naik tersebut bertujuan menutup mulut segelintir individu yang mengaitkan dirinya dengan gelaran lelaki homoseksual.

Namun begitu, foto yang menunjukkan aksi mesra mencuit pipi Sya sambil bersandar di bahu Atiq telah menerima kecaman yang teruk.

Pelakon drama bersiri Nur yang pernah belajar di sekolah tahfiz itu didakwa mengalami kejutan budaya kerana bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim.

Bahkan, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dengan sikap beraninya.

Dalam pada itu, terdapat individu yang mengatakan Atiq sudah melupakan niat murninya sejak awal pembabitan dalam industri seni.

“Dulu ingat lagi masa dulu dia cakap nak jadi artis muslim yang baik, tak nak tunjuk aurat. Tak nak ada scene sentuh-menyentuh bagai,” luahnya.

Meskipun dihujani kritikan, terdapat segelintir warganet yang mendoakan agar Atiq menginsafi kesalahannya dan berubah menjadi dirinya seperti dahulu.

Terbaharu, hantaran foto mesra Atiq bersama Sya sudah pun dipadamkan.

Syamir Shafie