Gaya Seperti Che Ta, Nur Sajat Berlakon Pergi Mahkamah Minta Cerai Curi Perhatian Netizen!

Usahawan sensasi, Nur Sajat memberi pesanan kepada para-para isteri yang menghadiri kes cerai di mahkamah untuk bersiap terlebih dahulu.

Menerusi perkongsian di TikTok @sajatperempuanfuh, Sajat menggayakan tudung, cermin mata hitam dan baju yang menampakkan bentuk tubuh badan.

Di dalam video itu, dia seakan-akan berlakon di hadapan hakim untuk menunjukkan bahawa dirinya yang membawa watak seorang isteri adalah lebih baik berbanding si suami.

“Kakak-kakak yang mana nak bercerai dengan suami tu, sebelum nak pergi ke mahkamah tu bersiap dulu.

“Bila yang lelaki yang jenis kelentong yang nak kata kita je yang salah, bila datang dekat mahkamah, gitu je bagi ‘Tuan Hakim, saya tak kisah dia nak talak satu dua tiga empat atau ke kosong pun saya tak kisah’.

“Saya tak nak cakap banyak, saya tak nak banyak berbicara dan saya tak nak banyak drama, tuan hakim tengoklah saya dengan dia, dia berjanggut sampai tak reti nak potong bulu hidung.

“Tuan hakim tengok saya (sambil menunjukkan bentuk badannya), saya dah move on dah. Saya nak fikirkan diri saya je tuan hakim, Alhamdulillah,” ujarnya sambil ketawa.

@sajatperempuanfuh SEBELUM PERGI MAHKAMAH BERSIAP DULU #sajat #nursajat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral #foryou ♬ original sound – SajatNur

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan lakonan Sajat sebagai seorang isteri di mahkamah.

Malah, ada yang mengatakan imej Sajat seperti pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta.

“Sajat punya random so far paling the best.

“Muka dah macam Che Ta. Lawa.

“Kau ni nak bercerai ke nak cuba tackle hakim?,” komen netizen.

Maya Basir