Gayakan Costume Bunny Seksi Nampak Dada, Netizen Kecam Leona

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri perhatian selepas dia memuat naik foto mengenakan kostum ‘bunny’ sempena meraikan perayaan Halloween.

Menerusi perkongsian video dan beberapa foto yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi, Leona kelihatan mengenakan kostum lengkap berwarna putih dan mendedahkan bahagian dadanya.

“Bunny on the loose,” tulisnya ringkas.

 

Selain itu, Leona menerusi hantaran yang berlainan pula sempat memuat naik video transisi dirinya memakai baju kasual sebelum bertukar kepada kostum Halloween nya.

“Look at my tail,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang memuji Leona kelihatan cantik dan comel mengenakan pakaian tersebut.

Tidak habis di situ, terdapat juga segelintir warganet yang mengkritik penampilan Leona dan menyifatkan anak kepada pelakon filem Impian itu sebagai tidak menghormati sensitiviti  yang sedang berlaku di Palestin.

Sebelum ini, Leona pernah diserang warganet apabila memuat naik video pendek yang memaparkan dirinya memakai bikini berwarna putih sewaktu mandi sungai bersama rakan-rakannya.

Artikel Berkaitan: “Mengucap Panjang Aku!” – Bikini Putih Leona Jadi Bualan Netizen, Respons Azhar Sulaiman Paling Win!

Artikel Berkaitan: Selepas Berbikini Putih, Leona Buat Netizen Terkejut Dengan Dress Ungu Pula – “Mat Salih Pun Ada Tahap Sopan”

 

Salma Syahbuddin