Genap 3 Hari Bergelar Isteri, Atikah Suhaimie Luah Rasa Teruja – “Macam Tak Percaya, Ingatkan Mimpi”

Pelakon Atikah Suhaimie meluahkan rasa teruja dalam masa sama seakan tidak percaya bahawa dia kini telahpun bergelar isteri.

Katanya, apa yang terjadi bagaikan sebuah mimpi apatah lagi majlis perkahwinannya berjalan dengan cukup meriah.

Perkara itu dikongsi Atikah menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Macam tak percaya. Ingatkan mimpi,” katanya.

 

Terdahulu, Atikah dan Datuk Lokman Teh yang juga merupakan Pengarah Eksekutif produk Zaitun itu telah diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di ibu negara dengan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta teman rapat.

Manakala, pada majlis berkenaan, Atikah menerima mas kahwin sebanyak RM300,  namun wang hantaran dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Sah Bergelar Isteri Kepada CEO

Salma Syahbuddin