Shuib Patuh Bayaran KWSP Pekerja, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Netizen Sengaja Sebar Fitnah

Pelawak dan usahawan Shuib tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya ada individu meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai pembayaran Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih lagi belum diterimanya sejak tahun 2022 sehingga 2023.

Katanya, pihak Bubblebee telah mengadakan perbincangan dengan pihak KWSP secara formal dan kedua-dua pihak telah berjaya mencapai satu perjanjian penyelesaian  yang sempurna di hadapan Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada awal tahun ini.

Justeru, pihak syarikatnya akan mematuhi dan melaksanakan kesemua kewajipan selaras terma penyelesaian yang dipersetujui.

“Bismillah… Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya sertakan siaran media perkembangan terkini isu KWSP melibatkan BubbleBee dan berharap ia menjawab segala tohmahan ke atas syarikat kami sejak beberapa hari yang lalu,”katanya.

 

Manakala, dalam hantaran sama, Shuib menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang penyebaran fitnah atau tuduhan yang tidak bernar dan berniat jahat terhadap pihak Bubblebee.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan atau tuduhan yang tidak benar dan berniat jahat terhadap Bubblebee mengenai isu-isu tersebut.

“Pihak Bubblebee berharap sebarang spekulasi atau penyebaran fitnah yang tidak berasas dihentikan segera,”ulasnya.

Terdahulu, individu yang menggunakan nama @penuntutkeadilan itu tampil membuat kenyataan terbuka di platform TikTok miliknya mengenai isu bayaran KWSP memabbitkan pihak Bubblebee.

ARTIKEL BERKAITAN:Bubblebee Masih Tak Jelaskan Hutang KWSP Tahun 2022 Hingga 2023? Individu Dakwa Hak Pekerja Dizalimi – “Bergaya Sana Sini, Titik Peluh Orang Tak Nak Bayar”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ini Merupakan Wake Up Call” – Isu Kelewatan Bayaran KWSP Selesai, Shuib Suntik Wajah Baharu Terhadap Perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Buat Tak Tahu Isu KWSP Staff? Itu Tak Betul!”- Shuib Mengaku Buat Rundingan, Bayar Caruman Pekerja Secara Ansurans

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Dakwa Bubblebee Tak Carum KWSP Pekerja & Lambat Bayar Gaji? – “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Salma Syahbuddin