GILIRAN ABAM JADI PENYANYI

Wah, diam diam je pelawak Abam Bocey masuk studio rakaman eh. Bakal berduet dengan pelawak berasal Indonesia, Dzawin, pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ini mahu membuktikan dirinya seorang yang versatile. Cayalah Abam!

Penerbit lagu Ala Tuyul, Shafirul Nizam Haron memberitahu idea untuk membuat lagu ini tercetus daripada drama yang dilakonkan oleh Abam sendiri.

 “Melihat pada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh Abam yang melakonkan watak Toyol, saya merasakan lagu ini layak diberikan kepadanya,” katanya.

Haa, korang kena dengar ‘Ala Tuyul’ ini tau! Lagu ciptaan penuh oleh Muhammad Adlan Shaharir itu bakal menyaksikan satu lagu pencapaian Abam dalam industri hiburan. Tak sabar nak dengar suara Abam menyanyi.

Lagu berentak rock komedi itu kini boleh didengari di semua platform digital serta laman You Tube.

SGMS Faida