TAHNIAH! SARI YANTI DAN JEP BAKAL TIMANG BABY

Kalau Fasha Sandha dikatakan telah mendedahkan yang pelakon cantik, Sari Yanti sedang berbadan dua. Kini, Jozlyn pula turut berkongsi satu gambar yang dimuat naik menerusi akaun instagram beliau menunjukkan golongan mommy to be ini.

Namun, spekulasi itu sudah pun terjawab apabila pasangan ini sendiri mendedahkan bahawa mereka bakal menerima ahli baru dalam keluarga mereka. 

 

Sumber :Instagram @fashasandha

Sumber : Instagram @jozlynhanania

Sekitar hujung tahun lalu sahaja, kami ada juga terdengar khabar angin yang mengatakan pelakon Sari Yanti sedang berbadan dua. Namun, beliau dan suaminya masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara ini.

Sumber : Instagram @sariyanti

Apapun, Sari Yanti dan Jep mungkin ada sebab tersendiri untuk tidak menghebahkan perkara ini terlalu awal. Dan, mungkin juga usia kandungan Sari pada ketika itu masih baru lantas mereka mengambil keputusan untuk tidak mengumumkannya. 

Walaubagaimana pun, ramai peminat pasangan ini mengucapkan tahniah diatas berita gembira ini. Malah ucapan tahniah juga turut memenuhi ruangan komen di laman instagram masing-masing.

Wah! tahniah sekali lagi diucapkan buat pasangan Sari Yanti dan Jep. Patutlah Sari dilihat asyik memuat naik gambar makanan dilaman instagram beliau. Craving untuk baby rupanya! 

Salma Syahbuddin