KONSEP FAIRYTALE DI MAJLIS RESEPSI FATTAH-FAZURA

Pasangan selebriti sama cantik sama padan, Fattah Amin dan Fazura bakal mengadakan majlis resepsi pada 25 Februari ini. Wah, tak lama lagi dah tu!

Pasangan ini dilaporkan akan meraikan keluarga terdekat dan peminat dalam dua majlis berbeza. Majlis pertama akan diadakan pada 25 Februari untuk keluarga manakala 11 Mac untuk peminat.

Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz memberitahu beliau dan suami perlu menghormati permintaan keluarga yang mementingkan privasi.

“ Untuk resepsi pertama saya dahulukan keluarga dan sahabat rapat,” katanya.

Kata Faz lagi, konsep majlis resepsi mungkin akan lebih kepada suasana fairytale.

“ Saya juga teringin melakukan tarian poco-poco bersama seluruh ahli keluarga,” katanya.

Pasangan popular ini mula digosipkan becinta selepas terlibat dalam drama Hero Seorang Cinderella pada tahun lalu.

Fattah Amin dan Fazura melangsungkan pernikahan secara tertutup pada 27 November tahun lalu di sebuah hotel selepas empat hari pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama. 

 

SGMS Faida