Categories: HiburanSelebriti

Guna Hashtag #TeamSyahir Untuk Famili Duo, Shila & Syada Amzah Saling Tidak Mengikuti di Instagram… Kenapa Ni?

Hubungan adik-beradik Shila Amzah dan Syada Amzah menimbulkan tanda tanya selepas mereka tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Malah, perkara itu turut terbukti apabila tiada nama mereka berdua di ruangan cari di Instagram masing-masing.

Namun, Shila dan Syada masih mengikuti akaun Instagram adik beradik lelakinya, Syahir Amzah.

Memetik laporan Ohbulan!, Syada turut menggunakan tanda pagar #TeamSyahir ketika mempromosikan program Famili Duo Musim Ke-3 di Instagram Story (IGS).

Untuk makluman, Shila dan Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Yang Berlaku Antara Mereka Saya Tak Nak Masuk Campur” – Pilih Bertenang, Shila Amzah Jawab Status Hubungan Dengan Bapa

Sumber: OhBulan!

Fatin Nurain