“Mereka Tak Pernah Bercerai” – Isteri MK K-Clique Tampil Bersuara Isu Status Rumah Tangga Ibu & Arwah Bapa

Isteri kepada penyanyi MK K-Clique, Siti Hajaar tampil bersuara apabila status rumah tangga arwah bapanya, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad bersama ibunya, Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain dipersoalkan di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok @siti.hajar.syeikh3, tangkapan skrin menunjukkan Hajaar membalas komen seorang netizen berkenaan isu itu.

Menurutnya, ibu bapanya tidak pernah bercerai seperti yang didakwa dan meminta untuk tidak membuat spekulasi jika tidak tahu perkara sebenar.

“Kalau kita tak tahu lebih baik kita diam, takut ia mendatangkan fitnah. Untuk pengetahuan semua, my mom with arwah my dad tidak pernah sekali bercerai,” jelas Hajaar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata jelas dengan penjelasan Hajaar namun mempertikaikan gelaran ‘Datin Seri’ yang digunakan pelakon, Noniswara.

Terdahulu, Noniswara pernah menegaskan bahawa dia bukan isteri kedua dan tidak bermadu.

Pada Ahad lalu, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir akibat strok.

Maya Basir