[VIDEO] Dikaitkan Dengan Kaum Nabi Luth, Nazim Othman Sarkastik Bidas Komen Individu Mulut Celupar – “Apa Kepentingan Nak Tahu Seksualiti Aku Ni?”

Pelakon dan model kacak, Nazim Othman menjawab persoalan netizen yang bertanya soalan berbaur sensitif ketika mengadakan sesi siaran langsung di platform TikTok.

Individu berkenaan bertanya kepada Nazim sama ada dirinya adalah seorang kaum Nabi Luth ataupun ‘gay’.

“Kau ni kaum Luth ke?,” soal netizen berkenaan.

Tidak cepat melatah, aktor drama rantaian Sorry Naik Lori ini dengan nada bersahaja dan sarkastik membidas pertanyaan yang dianggap kolot itu.

Kata Nazim, dia mempersoalkan mengenai kepentingan ramai pihak untuk mengetahui tentang seksualitinya.

“Apa kepentingannya orang nak tahu aku punya seksualiti ni? Aku tak faham… apa faedahnya yang akan korang dapat?

“Kalau ye kenapa? Nak try? Helok tak engkau nak try aku? Sibuk nak tahu seksualiti orang, kenapa? Kalau aku gay kenapa nak try? Lambert lagi..

“Pergi tengok muka dekat cermin dulu, sibuk nak tahu… kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni..,” tempelaknya.

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA sepanjang sesi siaran langsung tersebut berlangsung rata-rata netizen bertanya mengenai perkara tersebut.

Namun, ada juga segelintir pihak yang mempertahankan Nazim serta menasihatinya untuk tidak mengendahkan persoalan remeh netizen itu.

Sementara itu, tiada angin tiada ribut, ada pula individu yang meminta Nazim untuk bertaubat sehingga telah membuatkan selebriti ini hilang mood untuk membuat siaran langsung.

“Bertaubat? Uhmm, eh dah la aku penat la macam ni.. korang la yang terpaling malaikat, terpaling syurga.. Daripada aku layan soalan bangang ni lebih baik aku tidurlah,” katanya.

@xtra_my

Min luvvv jawapan Nazim Othman! Pedas dan berbisa, zass! 🥵 #fyp #xtramy #nazimothman #kaum #nabiluth #bidas #komen #netizen #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Momen Sambut Raya Di Tanah Suci, Nazim Othman Senyum Puas Dapat Cium Batu Kaabah

Artikel Berkaitan: Aksi Nazim Othman Bersiap Dalam Kereta Undang Komen Nakal – “Awat Hot Sangat”

Aqilah Paharuzi