Habiskan RM10,000 Untuk Makan ‘Steak’ Mewah, Aeril Zafrel Didakwa ‘Show Off’

Pelakon dan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini sedang bercuti di Kota London bersama rakan-rakan lain, termasuklah rakan selebriti seperti Mawar Rashid dan Raf Yaakob.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian video yang dimuat naik oleh Aeril ketika mereka sedang menikmati hidangan stik mewah di sebuah restoran terkemuka di Nusr-Et Steakhouse milik cef terkenal, Salt Bae.

Tidak hanya menerima layanan istimewa dari cef terkenal itu, Aeril juga kelihatannya sempat disuap dengan daging stik yang dipotong khas untuk mereka.

Bagaimanapun, jumlah bil yang perlu dibayar oleh Aeril selepas menikmati hidangan tersebut mengejutkan ramai pihak kerana beliau perlu membayar jumlah sebanyak £1,791.70 (RM10,065.54).

“MasyaAllah pitam tengok harga…”

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan jumlah tersebut sangatlah besar untuk hidangan stik semata-mata.

Bahkan, ada warganet yang berseloroh  menyamakannya dengan jumlah wang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini.

Terdahulu,  pasangan ini pernah dikecam kerana dikatakan menunjuk-nunjuk kemewahan mereka apabila memberikan hadiah berupa kereta mewah berjenama Lamborghini Avantador sempena  sambutan hari jadi Aeril baru-baru ini.

 

Salma Syahbuddin