“Habislah Ramai Tak Boleh Cari Makan” – Transition Siti Nurhaliza Terlalu Padu, Buat Ramai TikTokers ‘Risau’

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering mendapat perhatian wargamaya baik dari segi nyanyian, pakaian serta keluarga bahagianya.

Terkini, menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh penyanyi jelita yang mesra disapa dengan panggilan TokTi ini, beliau mendapat perhatian netizen yang kagum dengan kehebatan TokTi di aplikasi TikTok.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya menunjukkan aksi sebelum dan selepas bersiap dengan membuat gaya seperti menembak.

@toktitiktok

Before and after 😘 #fyp #fypシ

♬ original sound – Sai Datinguinoo – Sai Datinguinoo

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat sangat terpegun dengan skill transitions TokTi yang dikatakan sangat smooth. Fuh, bukan biasa-biasa ya TokTi!

Bukan itu sahaja, peminat sempat berseloroh dan mengatakan penglibatan TokTi boleh membuatkan ramai TikTokers susah untuk mencari makan dek kerana skill beliau yang semakin hebat.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka berkata TokTi sudah boleh menjadi presiden TikTok yang terbaru menggantikan pelakon Airel Zafrel yang pernah diberi gelaran presiden aplikasi terkenal itu.

Dalam diam penyanyi berkaliber dan cantik jelita ini asah skill bermain TikTok ya!

Untuk rekod, TokTi mempunyai sebanyak 1.4 juta pengikut dan 5.4 juta tanda suka. Fuh, bukan calang-calang ni!

Artikel berkaitan: Aina Abdul VS Pokok & Piala, Nabila Huda VS Statue of Liberty, Naim Daniel VS Billie Eilish? Jom Baca Corat-Coret AJL 36!

Aqilah Paharuzi