“Memandangkan Lately Ni Kita Banyak Gaduh…” – Suami Isteri! Boleh Cuba Tips Ini Jika Mahu Buat Perbincangan Hati Ke Hati

Tidak dinafikan setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya akan berdepan dengan ujian rumahtangga.

Seperti kata orang terdahulu, pergaduhan manja dalam perkahwinan sebenarnya akan menjadi manis serta boleh mengeratkan hubungan suami isteri.

Baru-baru ini, tular sebuah ciapan milik seorang warga Twitter yang menunjukkan tangkap layar skrin mesej suaminya dalam percubaan untuk memujuk isteri dengan mengadakan perbincangan secara hati ke hati.

.

Apa yang menarik daripada ciapan ini ialah usaha si suami dan cara penyelesaian masalah mereka itu harus dipuji kerana si suami tampak sangat matang dalam mengendalikan situasi ‘tegang’ seperti itu.

Meninjau reaksi ciapan tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang kagum akan usaha suami tersebut.

Ada juga dalam kalangan mereka yang berharap bakal suami mereka juga akan bersikap seperti itu.

Seperti sedia maklum, komunikasi yang baik dalam rumah tangga adalah salah satu cara untuk memperbaiki keadaan yang tegang dan untuk mengelakkan masalah tersebut berlarutan.

Perkongsian yang tular itu telah mendapat sebanyak lebih 16,000 ulang ciap dan 29,000 tanda suka.

Fuh, nampak gayanya ramai yang jadikan rujukan untuk masa hadapan ke? Hihi..

Apapun, tips ini sangat menarik dan berguna. Mungkin pasangan yang sudah berkahwin boleh cuba!

Kredit: Twitter Nurul Atikah

Aqilah Paharuzi