Hiburan By: Salma Syahbuddin April 11, 2018 @ 7:48am

Hael Dan Dayang Nurfaizah Dalam Haram!

Selepas popular menerusi lagu Jampi sehingga dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-32, Hael Husaini kini nampaknya sedang giat mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Haram

Kenapa Haram?

Menurut Hael, judul Haram bersifat simbolik. Kerana, ia mengisahkan tentang kesuluruhan lagu ini. Selain, ianya lebih menyuntik elemen dramatik dalam lagu tersebut. 

” Judul Haram itu hanya simbolik kepada keseluruhan kisah lagu ini. Ia lebih kepada menyuntik elemen dramatik. Cinta dalam gambaran lagu ini terlalu kuat, lalu mereka haramkan  hati dan cinta itu untuk singgah kepada orang lain. Cinta itu hanya milik mereka sahaja tahu. Itu sudah cukup bagi mereka. Begitulah yang saya cuba sampaikan dalam lagu berkenaan.” Jelasnya

Jampi seperti juga Haram turut menampilkan lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini sendiri dan Ezra Kong. Namun, apa yang istimewanya ialah, lagu Haram tidak seperti lagu Jampi yang cuma menampilkan Hael Husaini sebagai penyanyinya. Haram turut menampilkan Dayang Nurfaizah sebagai rakan duet Hael dalam lagu tersebut.

Bagi penyanyi yang mempunyai ton suara yang cukup lunak ini, Hael pada mulanya cuma mencuba nasib mempelawa Dayang untuk berkerjasama dalam menjayakan lagu Haram ini dan ternyata pelawaan nya mengena. 

“Impian untuk berduet dengannya sudah lama saya simpan. Akhirnya ia menjadi kenyataan juga. Saya sangat bersyukur Dayang Nurfaizah dan pihak pengurusannya berbesar hati menjayakan projek istimewa ini. Walaupun berdepan dengan masa yang sangat suntuk untuk merakamkan lagu ini, pihak mereka sangat profesional serta komited sekali gus memudahkan semua. Video muzik lagu ini juga sudah siap dan bakal dilancarkan pada Jumaat ini di Youtube serentak di platform digital lain.” Katanya

Wow! Kepada mereka yang sudah mendengar lagu Haram ini, rasa-rasanya mereka turut bersetuju jika saya katakan lagu ini juga mampu untuk bersaing dengan lagu Jampi. Kerana Haram, mempunyai gabungan suara dan arrangement muzik yang bagus sekali. 

Good Job Hael!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 10 Jul 2019

陈昇831来马首开个人演唱!大赞「马爷爷」好酷

陈昇出道30年,8月31日来马首开个人演唱;适逢国庆日及首相敦马哈迪生日,陈昇大赞「马爷爷」好酷!

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Para Gadis, Jangan Makan Hati…Hans Issac Mengaku Dah Ada Buah Hati!

Namun, gosip percintaan Hans dan pengacara terkenal Neelofa mula bertiup kencang baru-baru ini. Kalau betul, apa salahnya kan?

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

Penyanyi nasyid itu ditahan di di Kota Damansara.

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Kak Lina Pom Pom Akui Kini Hangat Bercinta

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Kak Lina kita dan juga baby Sefhia okay!

 

LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019

Experience Art & Cultures by Katja Loher During Your Stay at The House Collective

It’s a special type of experience indulging in art and fine hotels.