Bukan sahaja berbakat menyanyikan apa juga genre lagu, Hael Husaini juga mempunyai bakat dalam menghasilkan lagu buat
artis-artis tanah air. Malah, ada yang menyifatkan Hael antara komposer mahal yang hanya menghasilkan buat artis-artis
popular sahaja.

Antara lagu yang dihasilkan oleh Hael ternasuklah lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, berjudul Anta Permana. Lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan baik oleh pendengar tetapi Anta Permana antara lagu yang mendapat melalui jumlah tontonan muzik video ini di Youtube sejak ianya dilancarkan.

Namun ketika ditanya semasa majlis sidang media AJL33 baru-baru ini, Hael menyifatkan ianya satu feedback yang positif buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.

” Saya seperti orang lain bermula dari bawah. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap sekarang. Nyanyian saya pernah tidak dipandang. Lagu-lagu saya pun pernah banyak kali ditolak. Namun, andaian itu amat positif buat diri saya. Dan ianya salah satu sebab untuk saya memperbaiki kelemahan”

“Di kala lagu saya semakin mendapat sambutan dan menjadi antara pilihan penyanyi-penyanyi popular, saya anggap itu sebagai
daripada Allah. Dan saya tidak pernah pun meletakkan diri saya sebagai komposer mahal apatah lagi mahu bekerja sama dengan
artis popular sahaja. Itu tidak sama sekali.” Katanya

Sumber : Instagram @haelhusaini

Hael antara 12 finalis yang akan bertanding pada AJL33 nanti, sekaligus mempertaruhkan lagu ciptaanya Haram gandingan Hael bersanma Dayang Nurfaizah dan Nisan Cinta nyanyian Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.

So, buat peminat Hael jangan lupa saksikan persembahan Hael Husaini pada AJL33 yang akan berlangsung pada 3 Februari depan
bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 9 Malam. Atau korang boleh saksikan siaran secara langsung menerusi Youtube
rasmi TV3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my!

Salma Syahbuddin