Wany Hasrita Pasang Niat Sambung Belajar Di Luar Negara?

Biarpun sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan, penyanyi Wany Hasrita berhasrat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

Berdepan dengan jadual yang sangat pada pada tahun ini, Bintang Paling Popular ini memberitahu jika diberi peluang dia mahu menyambung master di luar negara.

“ Siapa yang tak nak belajar di luar negara kan? Kalau diberi rezeki saya memang nak ke luar negara untuk sambung belajar. Cuma buat masa ini saya memang terikat dengan komitmen yang padat.

“ Kalau ada peluang memang saya akan fly ke universiti luar negara yang menawarkan kursus yang sama,” katanya kepada XTRA.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Rintihan Rindu ini, dia teringin menimba pengalaman tinggal di negara yang memiliki budaya berbeza. 

Wany menamatkan pengajian tiga tahun di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam pada 7 Ogos 2017.

SGMS Faida