Emma Maembong Dah Ada Kekasih Hati?

Sejak akhir -akhir ini pelakon, Emma Maembong dikatakan sedang melalui hari-hari bahagia bersama seorang jejaka yang juga  merupakan abang kepada Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq.

Emma dilihat turut memuat naik gambar Syed Abdullah menerusi akaun instgram miliknya beserta ucapan manis sempena ulangtahun ke-30 jejaka itu.

Selain Emma, Syed Abdullah juga turut berkongsi gambar mereka berdua yang dilihat begitu serasi dan sering dilihat bersama-sama kemana sahaja sehingga mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat dan juga netizen . Betul ke bercinta ni?
Wah, seronok kan tengok gelagat Emma dan Syed Abdullah? Kalau bercinta pun apa salahnya.
Sebelum ini, Emma pernah memaklumkan dia berkawan baik dengan Syed Saddiq mahupun Syed Abdullah. Malah, Emma juga memberitahu, hubungan ini sudah terjalin sejak sekian lama.
Salma Syahbuddin