Demi Anak, Jasmin Hamid Sanggup Duduk Tepi Parit

Ibu mana yang tak sayang anak kan? Buktinya, pelakon Jasmin Hamid dilihat sanggup menghabiskan masa di set penggambaran drama lakonan anak bongsunya, Haziq MacQuistan, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram pelakon wanita itu, dia memaklumkan sanggup datang ke set bagi memastikan anak kesayangannya itu dapat melunaskan amanah diberikan dengan baik.

“ Saya paling MALU nak datang SET orang lain tapi disebabkan Big Boss, saya turutkan juga. Ibu sanggup duduk tepi parit pun tak kisah la uols DEMI ANAK.

“ Kebetulan saya ada free time, dapatlah saya pantau dan bagi support pada big boss berlakon memandangkan ini pertama kali dia berlakon,” katanya.

Pelakon senior ini mahu memastikan Haziq memahami kehendak produksi agar tidak menyusahkan mana-mana pihak.

“ Lama-lama nanti, pasti Big Boss akan faham dan perbaiki setiap kesilapan dan kelemahan. Buat permulaan ini, Big Boss harus kerja keras dulu. Saya pulak yang nervous setiap kali Big Boss masuk set sebab nak pastikan Big Boss buat yang terbaik sebagai budak baru, bukan senang nak jadi yang terbaik,” ujarnya.

Dalam masa sama, sebagai seorang ibu sudah tentu dia mendoakan anaknya itu bakal berjaya dalam bidang lakonan namun perlukan usaha dan kecekalan.

“ Saya nak Big Boss jadi pelakon terbaik atas usaha sendiri bukan sebab saya ibunya juga seorang pelakon. Selebihnya semua datang dari ALLAH swt,” akhirinya.

Haziq merupakan anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Ian Rashid Macquistan.

Jasmin juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim yang dibela sejak wanita itu berusia 20 tahun.

SGMS Faida