Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Penyanyi Hael Husaini mengaku mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum menetapkan tarikh.

Kata Hael ketika ditemui sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang duo popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32, dia sudah membeli kediaman dan serius mahu membina keluarga.

“Calon sudah ada, rumah pun saya dah beli. Jadi rancangan selepas ini adalah untuk membina keluarga.

“Sebagai seorang lelaki, sudah tentu saya ada rancangan masa depan dan ia perlu dilakukan secara berperingkat,” katanya.

Akui Hael, dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai hal ini.

“Asalkan anak saya selesa dengan calon isteri, itu yang penting,” akuinya.

Sementara itu Hael bersyukur dengan kemenangannya pada malam ini dan menyifatkan ia sebagai rezeki anak angkat.

Tahniah Hael!

SGMS Faida