Penyampai radio popular, Dj Lin mengaku pernah terfikir untuk melepaskan kerjaya kerana mahu memberi peluang kepada pelapis baharu.

Namun begitu, Dj Lin yang diumumkan sebagai penyampai radio popular Anugerah Berita Harian 32 (ABPBH32) memberitahu dia terkejut ketika namanya diumumkan sebagai pemenang.

“Saya sendiri terkejut, macam tak percaya. Kemenangan ini membuatkan saya berfikir sekali lagi untuk bersara dari dunia penyampaian radio.

“Lebih penting, saya mahu mencari pelapis yang boleh mengendali segmen cinta yang dikendali beberapa tahun sebelum ini,” akui Dj Lin.

Sementara itu, Dj Lin yang memegang jawatan sebagai Ketua Stesen radio Suria FM mengumumkan bakal memulakan pencarian penyampai baharu yang mengganti posisi sebagai penyampai.

“Saya mahu calon itu lakukan tanggungjawab untuk segmen Suria Cinta lebih baik dari saya lakukan. Kemenangan trofi ini juga membuktikan dengan bakat, kerja keras…Insha Allah orang ramai akan sedar dengan kewujudan dalam industri ini,” akhirinya.

Tahniah Dj Lin!

SGMS Faida