Hafreez Adam Terkejut Dikatakan Sudah Meninggal, Netizen Gesa Ambil Tindakan – “Yang Buat Artikel Macam Ni Jangan Macam-Macam Eh”

Pelakon Hafreez Adam mengakui terkejut dengan tindakan sebuah blog yang menghebahkan berita kematiannya, semalam.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Hafreez menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

Menurut Hafreez, dia berasa keliru apabila kenalannya bertanyakan tentang kebenaran laporan itu dalam keadaan resah.

“Dapat voice note dekat WhatsApp just now, ada kenalan tanya pasal news dengan nada resah. Aku yang blur ni pun tanyalah, news apa? Dia send ni?,” katanya.

Terkejut dengan hasil penulisan blogger itu, pelakon tersebut tampil memberi amaran kepada pihak berkenaan kerana bimbang dengan perasaan ahli keluarga yang lain.

“Yang buat article/tajuk macam ni jangan macam macam ea. aku yang setenang-tenang itik berenang ni pun terkejut orang forward article ni, apatah lagi family aku bila dapat ni.

“Click punya pasal, otak pergi tanam ea?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa berang dengan tindakan blogger tersebut dan menyarankan Hafreez untuk mengambil tindakan undang-undang.

Terdahulu, beberapa artis tanah air turut berhadapan dengan perkara yang sama seperti Datin Zarina Zainuddin, Datuk Aaron Aziz dan ramai lagi.

Fatin Nurain