Hiburan By: Fatin Nurain June 7, 2023 @ 10:04am

Hafreez Adam Terkejut Dikatakan Sudah Meninggal, Netizen Gesa Ambil Tindakan – “Yang Buat Artikel Macam Ni Jangan Macam-Macam Eh”

Pelakon Hafreez Adam mengakui terkejut dengan tindakan sebuah blog yang menghebahkan berita kematiannya, semalam.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Hafreez menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

Menurut Hafreez, dia berasa keliru apabila kenalannya bertanyakan tentang kebenaran laporan itu dalam keadaan resah.

“Dapat voice note dekat WhatsApp just now, ada kenalan tanya pasal news dengan nada resah. Aku yang blur ni pun tanyalah, news apa? Dia send ni?,” katanya.

Terkejut dengan hasil penulisan blogger itu, pelakon tersebut tampil memberi amaran kepada pihak berkenaan kerana bimbang dengan perasaan ahli keluarga yang lain.

“Yang buat article/tajuk macam ni jangan macam macam ea. aku yang setenang-tenang itik berenang ni pun terkejut orang forward article ni, apatah lagi family aku bila dapat ni.

“Click punya pasal, otak pergi tanam ea?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa berang dengan tindakan blogger tersebut dan menyarankan Hafreez untuk mengambil tindakan undang-undang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Terdahulu, beberapa artis tanah air turut berhadapan dengan perkara yang sama seperti Datin Zarina Zainuddin, Datuk Aaron Aziz dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jun 2022

6 Individu Termasuk Influencer Bakal Berdepan Saman Akibat Sebarkan Fitnah

Tak tahan dengan dakwaan palsu yang sudah sekian lama tersebar di media sosial hingga meraih jutaan tontonan, pempengaruh dan usahawan, Amira Khan atau lebih dikenali sebagai Myra Khan tampil menjernihkan keadaan dan telah menamakan enam […]

Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Sebaknya! Caprice Bantu Bakal Atlet Negara Dari Keluarga Miskin Raih Perhatian, Siap Buat ‘Surprise’ Tan Boon Heong Lagi!

Min pun sebak, moga Caprice dan keluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki💖

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Bantu Bayi Ekzema, Terima Kasih Nedim

Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih Nedim dan Nora Danish!

Trending Thu, 4 Jan 2018

THIS CHINESE FAMILY STARTED EXERCISING TOGETHER AND NOW THEY’RE FIT AF!

There is no better motivation to losing weight than to do it with loved ones. #Fitspo

Hiburan Wed, 1 Nov 2023