Trending By: Salma Syahbuddin January 11, 2021 @ 4:04pm

Jumlah Kes Covid-19 Semakin Menakutkan, Tempoh 6 Bulan Lagi Adalah Yang Paling Sukar – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kemungkinan tempoh enam bulan dalam tahun ini akan menjadi lebih sukar sebelum vaksin berjaya menukar situasai pandemik Covid-19.

Menerusi hantaran di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Peneraju teknikal WHO untuk Covid-19, Maria Van Kerkhove memaklumkan, kebanyakan keadaan negara ketika ini sangat membimbangkan dan akan bertambah buruk.

“Beberapa negara melihat penularan ini sangat kuat, terutama di Eropah dan Amerika Utara, dengan jumlah yang sangat menakutkan berkaitan jangkitan kes positif, kemasukan ke hospital dan kemasukan ke unit rawatan rapi.

“Kita akan melihat dalam beberapa minggu akan datang (peningkatan kes) di kebanyakan negara, kita akan melihat keadaan bertambah buruk sebelum menjadi lebih baik,” katanya.

Tidak boleh menarik nafas lega

Bagi Pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan, walaupun penghasilan vaksin memberi sedikit kelegaan, tetapi orang ramai tidak boleh menarik nafas lega dan tidak berwaspada terhadap penyakit ini.

” Kita masih ada tiga hingga enam bulan lagi tempoh yang sukar dan berharap mampu melakukannya. Vaksin akan ada tetapi ia belum lagi tiba di kebanyakan negara di seluruh dunia” jelasnya.

Malah, tiada petunjuk bahawa vaksin yang sedang dibangunkan serta dikembangkan tidak akan berfungsi terhadap virus Covid-19 varian baharu.

Jadi, apa yang masyarakat Malaysia boleh lakukan adalah, sentiasa patuhi SOP dan kekal berada di rumah jika tiada sebarang urusan penting.

Sumber : Facebook KKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Feb 2024
Trending Sun, 28 Nov 2021

Kini Popular Dengan YouTube Cikidot Channel, Zarol Zarif Muncul Dengan Single ‘Kan Kan’

Penyanyi dan YouTuber popular Zarol Zarif, 29, kembali melakar nama dalam dunia nyanyian menerusi single terbaru beliau yang berjudul Kan Kan. Biarpun bermula dalam arena hiburan sebagai penyanyi, namun nama anak kelahiran Johor Bahru ini […]

Trending Wed, 26 Jun 2019

Mahu Kelainan, Bapa Ini Nekad Namakan Anak Google

Bayi lelaki menjadi tumpuan netizen apabila bapanya menamakan anaknya itu, Google.