Hiburan By: Khairil Khusyairi September 15, 2023 @ 1:25pm

Comelnya! Aksi Siti Nurhaliza Dengan Afwa Tidur Dalam Kereta Dirakam Datuk K Cuit Hati Netizen – “Pipi Sama Labuh”

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti berkongsi momen yang memaparkan dia dan putera kesayangannya iaitu Muhammad Afwa sedang asyik tidur di dalam kereta.

Apa yang membuatkan lebih comel adalah, aksi comel tersebut dirakam oleh suami Siti sendiri iaitu Datuk Seri Khalid.

“Bila Ayah duduk depan .. inilah hasilnya.. tapi Ayah kata cute dua beranak ni.. sama labuh pipinya,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Siti Nurhaliza

Manakan tidak, wajah kedua beranak ini saling tak tumpah. Dengan pipi labuhnya, perkongsian tersebut membuat ramai menyenangkan apabila melihat aksi mereka.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut dan peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian comel itu. Malah ramai turut merasa geram melihat kecomelan anak bongsu pelantun lagu Biarlah Rahsia ini.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 170,000 tanda suka dan lebih 4,200 komen.

Untuk info, Siti melahirkan Muhammad Afwa seberat 3.84 kilogram (kg) melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 19 April 2021.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid pada 21 Ogos 2006 turut dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Nurhaliza Buat Trend ‘Geng Marhaban’ Cuit Hati Netizen – “Tak Jadi Marhaban, Jadi Konsert Terus”

ARTIKEL BERKAITAN: Aafiyah Suap Afwa Makan, Telatah Anak Siti Nurhaliza Jadi Tumpuan Netizen – “Comel Sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Bina Sekolah Kanak-Kanak Di Gaza, Siti Nurhaliza Pendam Hasrat Untuk Melawat Demi Faktor Keselamatan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Jul 2021

Permohonan i-Citra Tidak Berjaya ? Jom Cuba Cara Ini!

Umum maklum, para pencarum KWSP kini boleh menyemak keputusan permohonan i-Citra yang bermula 12 Julai lalu. Namun, masih ada segelintir  permohonan yang tidak diluluskan oleh i-Citra Justeru bagi mereka yang menerima keputusan tidak berjaya. Anda […]

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Cincin Tunang Punya Pasal, Bieber Sanggup ‘Turun Padang’

Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya. Untung Hailey Baldwin dapat tunang yang super romantik!

Featured Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Artis Korea Kegilaan Ramai Ini Rupa-rupanya Sedang Hangat Bercinta

Love is in the air nampaknya kat artis-artis Korea ni kan? Daebak!

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Fathia Latiff Pilih Jadi Pengkid?

Kalau ada tawaran Fathia sedia terima!

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

「亚洲人第一位」防弹V荣登百大帅哥冠军!

一年一度由美国电影网站《TC Candler》公布的全球最美脸孔和最帅之脸百大排行榜周三(27日)出炉!今年最让人惊喜的是,2017年的“最帅之脸”百大排行榜的第一名,是第一次由亚洲人获选!