Hiburan By: Salma Syahbuddin January 2, 2019 @ 4:50pm

Artis Korea Kegilaan Ramai Ini Rupa-rupanya Sedang Hangat Bercinta

Memulakan tahun 2019 dengan sesuatu yang manis dan positif  amatlah digalakkan. Macam artis kesayangan korang ni, beliau mula menempa nama menerusi banyak drama dan program siri terkenal beliau, Running Man. Siapa lagi kalau bukan Lee Kwang Soo.

Melangkah ke tahun baru 2019, pelakon, model dan pelawak ini mengejutkan peminatnya dengan berita gembira bahawa dirinya itu sedang hangat  bercinta bersama model, penyanyi dan pelakon,  Lee Sun-Bin.

Sumber : Soompi

Berita baik ini telah juga diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan Lee Kwang Soo, King Kong by Starship bahawa kedua-dua bintang popular ini sedang hangat bercinta sejak lima bulan yang lalu setelah kedua-duanya dipertemukan dalam program Running Man. 

Menurut sumber Soompi, kedua-dua bintang popular ini saling memperkenalkan diri masing-masing kepada rakan terdekat mereka sebagai ‘pasangan bercinta’. Awwww!

Akhirnya, pasangan Lee ini Officially dating!

Selain pasangan Lee, turut dilaporkan sedang hangat bercinta adalah anggota kumpulan EXO dan Blackpink! 

Kedua-dua kumpulan Kpop terkenal ini sedang menjadi sebutan serata dunia kerana masing-masing mempunyai pengaruhnya tersendiri. Kai EXO dan Jennie Blackpink dikhabarkan menjalinkan hubungan apabila gambar mereka berpegangan tangan tular di media sosial. 

Demi membuktikan dakwaan ini, Kai dikatakan memandu ke kediaman anggota Blackpink itu sebelum dilihat bersiar-siar di sekitar Sangam – Dong , Mopu-gu sebelum tiba di Haneul Park sambil berpegangan tangan. Pasangan popular ini dikhabarkan mula menjalinkan hubungan sejak 25 November yang lalu.

Apapun, demi menjawab persoalan yang timbul, wakil pihak pengurusan iaitu SM Entertainment mengesahkan pasangan ini hangat bercinta dan masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. 

Selain itu, kelihatan pasangan ini saling memuat gambar masing-masing berlatar-belakangkan Menara Eiffel menerusi akaun instagram mereka.

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by @zkdlin on

 
 
 
View this post on Instagram

Had the most romantic dinner admiring the eiffel tower ?❣️ #happyjen

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Wah, nampaknya tahun 2019 ini, ramai artis Korea kesayangan korang akhirnya bertemu dengan ‘kekasih hati’ mereka kan? Agaknya selepas Lee Kwang Soo dan Kai (EXO) siapa pula yang akan bertemu kekasih hati mereka? Sama-samalah kita tunggu okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Thu, 15 Dec 2022

Brunch With Women Talk Berbicara Hal Memperkasakan Wanita

Brunch With Women Talk perkasa hal wanita!

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

“Dah Sebulan Tak Balik Rumah” – Hairul Azreen Tinggalkan Hanis Zalikha

Kesungguhan Hairul dalam menjayakan filem ini sungguh memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Seronok Tengok Cara Amelia Christie Layan Jebat Jayden, Netizen Berseloroh: “Calon Mak Tiri Direstui”

Kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya melayan kerenah anak aktor itu, Jebat Jayden. Menerusi video yang tular di TikTok, Amelia kelihatan sangat lembut dan […]

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

ALICIA AMIN OPENS UP ABOUT SUICIDE ATTEMPT

Mental health issues are very serious. So if ever you feel down and upset, don’t brush it aside as just being ‘weak’. Talk to someone and express yourself.

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] “Bijak Guna Duit Beli Tanah, Bukan Main Saham” – Syamsul Yusof Tayang Dusun Durian Musang King Raih Pujian Netizen

Wowwwww! Syamsul Yusof dah sibuk jadi petani ke sekarang? Serba boleh lah lengkap pakej 3 P – Pengarah, Pelakon & Petani! Hiks 🤩