Hiburan By: Ad Ops April 10, 2018 @ 10:25am

“Dah Sebulan Tak Balik Rumah” – Hairul Azreen Tinggalkan Hanis Zalikha

Bekas Juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, Hairul Azreen kini semakin bergiat aktif bukan sahaja dalam bidang lakonan, malah dalam bidang perniagaan juga. Hairul yang berusia 30 tahun telah berkahwin dengan aktres dan model tanah air, Hanis Zalikha dan dikurniakan seorang anak lelaki comel yang juga disayangi ramai, Yusuf Iskandar.

Hairul Azreen sedang menjalani penggambaran filem PASKAL yang mengisarkan kisah tentera laut yang berjuang demi negara. Kesungguhan Hairul dalam menjayakan filem ini sungguh memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Hairul dikatakan telah menjalani latihan menjadi seorang Navy sebelum terpilih untuk memasuki Skuad Elit ini.

Di samping itu, Hairul dikatakan terpaksa menurunkan berat badan, menguruskan pipi serta menggelapkan kulitnya hanya untuk filem PASKAL yang diadaptasi daripada kisah benar.

Kesungguhan Hairul dalam filem ini juga ketara dilihat apabila dia terpaksa berjauhan dengan Hanis dan Yusuf selama sebulan. Oh patutlah Hanis jarang post gambar mereka bertiga bersama sekarang! Suaminya sedang sibuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga rupanya.

Hairul di laman Instagramnya telah memuatnaik sebuah kiriman video yang menunjukan koleksi gambar dan videonya bersama keluarga tercinta. Muzik latar video tersebut juga ‘in’ dengan situasi mereka yang sedang berjauhan. Menurut Hairul, dia merindui isteri, anak dan kucing peliharaan mereka.

 

I Miss You @haniszalikha @theyusufiskandar @bujibuchempel”, kata Hairul dalam ruangan caption.

Hairul juga sempat berkongsi pengalaman menjadi seorang tentera, “Besarnya pengorbanan tentera kita, saya baru #sebulantakjumpa dah ermmm #PASKALthemovie”. Pasti Hairul begitu merindui keluarganya kan?

Selain itu, pujian harus diberikan kepada Hairul Azreen di atas semangat dan usaha sepenuhnya yang diberikan dalam menjayakan filem ini. Nantikan  PASKAL The Movie tak lama lagi!

Ditulis oleh: Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

A Pediatric And Neonatology Expert Confirmed Puteri Balqis Is Not Diagnosed With Cancer

Let’s us all pray for our talented star a pink of health.

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Hiburan Sat, 7 Jul 2018

Tahniah! Rody Kristal Bakal Jadi Papa Tak Lama Lagi

Aku tak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku, di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak. Tahniah Rody!

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Terlalu Mesra & Bermulut Manis, Netizen Mula Meluat Layan Sikap Terlampau Peramah Jaa Suzuran?

Eh! Mesra pun salah? Kalau tak ramah, cakap sombong pulak… memang susah nak puaskan hati semua orang. Jadi diri sendiri jer✅🫶🏻

Featured Sat, 25 Mar 2023
Hiburan Mon, 16 Dec 2019