Euforia Bola 2026
Drama By: Khairil Khusyairi September 18, 2023 @ 3:30pm

[VIDEO] Babak Andi Bernadee Dukung Janna Nick Dalam Melastik Ke Hatimu 2 Cetus Pelbagai Reaksi!

Pelakon dan penyanyi Janna Nick sekali lagi menjadi bualan warganet apabila membuat sebuah perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, memuat naik foto dan video yang memaparkan dia bersama pelakon dan penyanyi Andi Bernadee di set penggambaran.

Lebih menarik, Janna turut berkongsi momen di sebalik tabir sebuah babak yang dilakonkan dia dan Andi dalam drama Melastik Ke Hatimu 2.

Video tersebut memaparkan Janna yang memegang watak Haura memanjat ke belakang badan Andi (watak Ziyyad) dengan teruja sekali.

‘Mamat kayu cengal & Haura rempit sejati is back. #MelastikKeHatimu2,” tulis Janna ringkas.

Namun menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu.

Ada yang berseloroh dengan mempersoalkan adakah Andi Bernadee berasa berat apabila mendukung Janna seperti itu. Malah ada juga berkata mujur Andi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berat tak Andi dukung Janna,” seloroh seorang waraganet.

“Ya Allah, peha seketul tu, mujur la dia tak slip disc dukung hang Janna oi, hahah,” komen warganet.

“Kuat juga si Andi ni ya,” tulis seorang warganet.

Namun, ramai juga yang mengkritik aksi gandingan utama tersebut kerana menyifatkan tidak manis bagi seseorang yang bergelar isteri kepada seseorang melakonkan babak tersebut.

Untuk info, Melastik Ke Hatimu 2 diarahkan oleh Azmi Hata itu sudah mula bersiaran di slot Lestary TV3, bermula 16 September 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton.

Drama bersiri 25 episod ini mengekalkan Janna Nick dan Andi Bernadee sebagai gandingan utama, menampilkan barisan pelakon-pelakon handalan seperti Afifah Nasir, Wani Kayrie, Hafidz Roshdi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan, Idzham Ismail, Sharul Kamal dan ramai lagi. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 May 2018
Featured Sun, 7 Aug 2022
Events Wed, 19 Dec 2018

CJ WOW SHOP Luaskan Pasaran Menerusi Segmen Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Jadi, jangan ketinggalan untuk dapatkan diskaun dan mata ganjaran di CJ WOW SHOP!

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

Trending Thu, 13 Dec 2018

10个「让你完全活在自己世界」的隐世豪宅

10个让你完全活在自己世界的隐世豪宅!

Hiburan Sat, 5 May 2018

Sambut Ulang Tahun Ke 6, Awal Luah Rasa Kepada Isteri!

Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Sweet tau!

Contest Thu, 6 Feb 2020
error: Content is protected !!