Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 23, 2023 @ 5:05pm

[VIDEO] “Kau Jangan Petik Nama Pelakon Lain!” – Isu Nama Digugurkan, Aaron Aziz Tampil Jelas Perkara Sebenar

Sebelum ini, pengarah sensasi, Syamsul Yusof menjelaskan bahawa pelakon, Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi filem arahannya The Original Gangster adalah disebabkan faktor kesihatan dan umur.

Susulan itu, Aaron Aziz tampil membalas kenyataan tersebut dengan menjelaskan perkara sebenar menerusi sebuah video yang di muat naik di Instagramnya.

Kata Aaron, Syamsul sedia maklum mengenai masalah kesihatannya ketika datang ke rumahnya untuk memberi tawaran berlakon.

“Kau jangan nak tipu kau tak tahu aku ada problem with my neck. Kau dah tahu dah,” ujarnya

Jelasnya, dia telah menjalani latihan sebelum memasuki set penggambaran dan telah kehilangan 1000 kalori setiap hari.

Malah, Aaron juga menyatakan bahawa Syamsul memintanya untuk mencucuk badannya bagi mendapatkan bentuk badan yang diinginkan.

“Before aku masuk koreografi, aku dah pergi training dengan Saiful. You know how tired I was? Total 4 jam dalam sehari aku training. Aku boleh tunjuk dekat producer everyday 1000 kalori is burn.

“Lepas itu kau cakap dengan aku, ‘bro aku nak badan kau macam gini’, aku cakap kalau nak badan macam ini kena cucuk.

“kau cakap apa? Pergi cucuk! Berapa banyak dah aku cucuk,” jelasnya

Tambahnya, dia juga dianiaya oleh Syamsul apabila babak fighting ketika latihan dihantar untuk dijadikan perbandingan.

Aaron juga menyatakan bahawa berat badannya telah turun daripada 98 kilogram kepada 90 kilogram.

Menerusi video berdurasi lebih lapan minit ini, Aaron turut mendedahkan bahawa Syamsul sendiri enggan untuk berjumpa dengannya dan meminta untuk tidak memetik nama pelakon lain dalam hal ini.

Pada akhir video, Aaron menegaskan bahawa kenyataannya ini adalah perkara sebenar yang terjadi.

“Tapi kau tak nak juga jumpa aku. So, kau jangan nak petik nama artis, kau jangan nak petik nama koreografer… kau jangan nak cakap belakang kau ada 10 orang, eh belakang aku ada 10,000 oranglah yang boleh cakap macam-macam pasal kau apa yang berlaku dekat set.

“Aku ajak kau jumpa dengan aku, kau tak nak. Kau tak nak! Ingat tau kau tak nak jumpa aku. Bila kau nak kau datang rumah aku dengan cara baik, bila kau tak nak kau buang aku macam sampah.

“So, orang lain yang nak dengar sangat story yang betul-betul this is what happened. Lillahitaala depan Al-Quran aku cakap this is what happened, bulan Ramadan ni aku tak bohong,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Artikel Berkaitan: Nama Digugurkan Dari Senarai Pelakon, Aaron Aziz Respons: “Saya Sedia Berdamai Dengan Syamsul Dengan Syarat…”

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Dedah Punca Nama Aaron Aziz Digugurkan, Terkilan Isu Diperbesar – “Inikah Aaron Yang Aku Kenal Selama Ini?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

Featured Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sulli is Back with a Brand New Reality Show!

Sulli has been quiet for a while so this upcoming appearance is something to look forward to.

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Featured Sat, 26 Jul 2025
Featured Wed, 6 May 2026

“Tak Payah DM Ajak Bertaaruf Bagai” – Ezzanie Jasny Perjelas Luahan Hati Soal Jodoh

Ezzanie Jasny menjelaskan, luahan peribadinya itu hanyalah sekadar perkongsian buat peminat.

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

玛莎出道一年即办演唱会!李佩玲三度开场更显大将之风

Jeryl 李佩玲和玛莎(Masya Masyitah )成功于屠妖节假期,在云顶云星剧场完成了两人首场合办的千人演唱会。

error: Content is protected !!