Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 22, 2023 @ 12:30pm

Nama Digugurkan Dari Senarai Pelakon, Aaron Aziz Respons: “Saya Sedia Berdamai Dengan Syamsul Dengan Syarat…”

Pelakon Datuk Aaron Aziz memaklumkan dia sedia berdamai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkaitan kemelut antara mereka selepas namanya disingkirkan dari filem The Original Gangster arahan Syamsul.

Memetik laporan Harian Metro, Aaron juga berkongsi dia mahu berjumpa dengan Syamsul tapi pengarah tersebut menolak.

“Saya sedia berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat dia datang berjumpa saya dan minta maaf atas apa yang berlaku.

“Saya tidak mahu menceritakan masalah apa yang berlaku antara kami kerana tidak mahu membuka aib.

“Malah, saya mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tapi dia menolak,” maklumnya.

Dalam pada itu, Aaron turut merluahkan rasa kecewa apabila namanya disingkirkan daripada filem tersebut.

“Saya sudah bekerjasama dengan Syamsul dalam projek filemnya selama 12 tahun iaitu sejak 2010 lagi.

“Saya juga terbabit dalam empat projek filem besarnya termasuk KL Gangster dan KL Gangster 2 sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Aaron mendedahkan namanya digugurkan daripada senarai pelakon The Original Gangster biarpun sudah menerima skrip dan menjalani latihan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023
Featured Wed, 17 May 2023

Guna Pendekatan Lebih Segar & Ikut Trend, EMI Kini Kembali!

Wahh mesti lagi ramai bakat-bakat hebat yang akan bersinar dengan EMI Music Malaysia!

Featured Wed, 27 Sep 2023
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Kalau Tak Tahu Cerita, Lebih Baik Diam!

Cuba letak diri anda di tempat saya. Apa yang anda rasa? Lagi pula, suami saya mengaku bersalah atas nasihat peguam, kata Salma.

Featured Tue, 6 Mar 2018

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga, Neelofa Tak Habis-Habis Dikecam Dan Difitnah. Apa Lagi Yang Tak Kena?

Tidak habis-habis dikecam netizen, terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan nama bekas pengacara Nona ini digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Mak Duta Trivago, Anak Duta PetPet…

Comel Freda ni, geram betul!

Featured Fri, 28 Mar 2025
Events Sat, 17 Dec 2022

Bahang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Semakin Hangat, Jom Undi Finalis Kegemaran Anda!

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) semakin dirasai, di mana pihak penganjur, Harian Metro mengumumkan finalis untuk lapan (8) kategori utama yang akan bersaing untuk dinobatkan sebagai pemenang utama keseluruhan […]

error: Content is protected !!