Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 6, 2018 @ 2:18pm

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga, Neelofa Tak Habis-Habis Dikecam Dan Difitnah. Apa Lagi Yang Tak Kena?

Walaupun sudah seminggu kontroversi melancarkan koleksi tudung di kelab malam berlalu, namun nama Neelofa masih hangat diperkatakan dan terus berada di carta teratas dalam senarai kontroversi artis di Malaysia.

Meskipun sudah tampil memohon maaf, masih ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan pengacara serta pelakon cantik itu.

Belum habis dikecam isu Zouk terbaru timbul pula khabar angin mengatakan nama bekas pengacara Nona ini digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara.

Alahai kesian pula pada Neelofa. Selepas kena kecam, kini difitnah pula. Namun, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) pada 5 Mac, pihak mereka menafikan dakwaan seperti mana yang ditularkan dalam sebuah blog media baru-baru ini.

 

Walau bagaimanapun, KPWKM memberitahu Neelofa masih kekal sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 bersama dua ikon lain iaitu YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah serta Datin Vivy Yusof.

Kementerian juga melihat daripada sudut positif apa yang akan disumbangkan oleh Neelofa untuk memperkasakan wanita.

Jadi kepada mereka yang fitnah Neelofa tu, lebih baik kita mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Neelofa ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 May 2026

Khairul Aming Terharu, Imbau Memori Tujuh Tahun Lalu Pertama Kali Berhubung Dengan Siti Nurhaliza

Khairul mengakui terharu dan tidak menyangka apabila Siti menghulurkan sendiri album tradisionalnya Gema Bumantara ketika menghadiri restoran Rembayung buat kali kedua. 

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Umur Dah Cecah 50 Tahun, Mana Tahu Kubur Memanggil…” – Aaron Aziz Nekad Elak Babak Dukung, Bersentuhan

Aaron menjelaskan dia masih terbuka menerima tawaran lakonan, namun mengharapkan watak yang lebih segar dan mencabar

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Isteri Ben Amir Perjelas Sebab Buat Majlis Kahwin Sederhana & ‘Intimate’ 

Liana berkata dia dan Ben tidak memikirkan tentang majlis yang besar-besaran

Featured Fri, 18 Apr 2025

“Mohon Jaga Batas, Saya Akan Selesaikan Isu Rumah Tangga Secara Peribadi”- Marissa Dania Hakim

Kata Marissa, dia sendiri terkejut melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh  ibu, suami dan beberapa pihak lain.

error: Content is protected !!