Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 3, 2021 @ 5:13pm

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya Menjelang 5 Jun

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin meruncing, mencecah 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

“Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan COVID-19 sejak awal Mei apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt mula meningkat, sekitar 1.1 hingga 1.2.

“Oleh itu, kita cadangkan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 12 Mei lalu, bagi mengawal penularan jangkitan yang berpunca daripada 60 peratus kes sporadik dan 40 peratus kes berkaitan kluster.

“Pada 25 Mei, kita putuskan PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan selepas melihat nilai Rt mengikut unjuran model kes sudah melepasi 1.2 dan semakin meningkat.

“Selain itu, kita berdepan kebimbangan peningkatan penularan jangkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, keputusan tuntas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh perlu dibuat kerajaan bagi membendung risiko perkhidmatan kesihatan daripada lumpuh.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Featured Fri, 28 Sep 2018

Berusia 12 Tahun, Janna Jihad Ayyad Diiktiraf Wartawan Termuda Dunia!

Bagi Janna, kamera adalah senjatanya dalam mendedahkan kebenaran yang berlaku di Palestin.

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Kali Terakhir Saya Jumpa…” – Syafiq Yusof Harap Abang Tabah Hadapi Ujian Rumah Tangga

Semoga Syamsul menjumpai jalan yang terbaik buat rumah tangganya

Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Hiburan Tue, 30 Jul 2024

Kongsi Video Mesra, Iman Troye Bercinta Dengan Adib Banana Dibs?

Wahhhh Iman dah tak broken ke? Bahagia dengan Adib ekk 🫣😘

Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

error: Content is protected !!