Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2022 @ 7:52pm

“Dah Tua Bangka Pun, Merajuk Padam Gambar!” – Gara-Gara ‘Archieve’ Gambar Suami Di IG, Netizen Mohon Noor Nabila Lebih Matang

Selepas menjelaskan mengenai status perkahwinannya bersama Engku Emran, kakak kepada Neelofa iaitu, Noor Nabila memaklumkan, dia kini masih bahagia bersama suami tercinta.

Namun, dia tidak menyangka tindakannya menyimpan semua gambar suami di ruangan arkib Instagramnya itu mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKIATAN:Gara-Gara Merajuk, Noor Nabila ‘Archive’ Gambar Bersama Engku Emran – “Alhamdulillah, Jodoh Kami Masih Kuat”

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga Berantakan? Noor Nabila Delete Semua Gambar Suami Di IG… Netizen Mohon Fikir Positif – “Padam Tak Semestinya Bergolak”

Menjengah di ruangan komen hantaran yang dikongsikan di laman Facebook milik portal Rotikaya, rata-rata warganet mengecam tindakan Nabila kerana dilihat seolah-olah tidak matang dalam menangani hal rumah tangganya.

Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang mulai bosan dengan kisah adik-beradik ‘Kardashian’ ini.

“Perangai macam budak 14 tahun, asal merajuk padam gambar!”

Terdahulu, Nabila mengakui setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Dan, beliau tidak terkejut dengan kecaman yang diterimanya apatah lagi, dia merupakan kakak kepada seorang selebriti popular.

“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.

“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa

Featured Fri, 28 Apr 2023
Hiburan Tue, 23 May 2023
Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

error: Content is protected !!