Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 1, 2023 @ 3:38pm

Famili Duo 3: Persembahan Shila Amzah Bertaraf Antarabangsa, Syahir Dikritik Masih Berada Dalam ‘Zon Selesa’ & Kurang Penjiwaan… Ajai Minta Segera Tonjolkan Diri!

Pasangan duo adik-beradik, Shila Amzah dan Syahir Amzah sekali lagi menerima kritikan berada di zon selesa daripada juri tetap sehingga menduduki tangga tercorot dengan markah 42.5% pada minggu ketiga

Bertemakan rock pada minggu ketiga, Shila dan Syahir membawakan lagu medley In The End, Bring Me To Life, The Phantom Of The Opera & She Gone nyanyian asal Linkin Park, Evanescence, Nightwish dan Steelheart.

Persembahan Shila yang merupakan penyanyi profesional berjaya membawa aura persembahan ke peringkat antarabangsa, namun adiknya Syahir dikatakan masih mencari rentak.

Malah Syahir ditegur oleh juri tetap Ajai mengenai pembawaannya di atas pentas terutamanya dalam penjiwaannya dikatakan tidak memberi hasil atau setaraf kakaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Sekarang Famili Duo berada di minggu ketiga, sepatutnya tiada masa lagi untuk segi pembelajaran.

“Syahir seharusnya kena tonjolkan diri, sebab persembahan sebentar tadi pun masih ada bahagian yang tak dihafal.

“Apa yang saya nampak adalah kurang dari segi penjiwaan dan penyampaian lagu yang masih tak seiring lagi.

“Jadi dengan baki lima episod, Syahir perlu tonjolkan diri dan bantu kakak awak kerana ini bukan masa untuk belajar lagi.

“Shila sudah memberi persembahan demi kamu, jadi kamu juga perlu memberi persembahan demi kakakmu. Baru jadinya berduo lebih baik,” ujarnya.

Shila Amzah

Bertemakan ‘Dangdut/Hindustan, ’dapatkah Shila dan Syahir menebus kembali carta dengan persembahan di luar jangkaan pada minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan!

Persembahan bertemakan ‘Rock – Medley Slow & Fast’ pada hari Ahad, 29 Oktober 2023 lalu telah menyaksikan kemenangan oleh pasangan duo adik-beradik Adira & Emma Suhaimi dengan pembawaan medley lagu ‘Tiada Tangis Lagi’ dan ‘Hukum Karma’.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Ariff Bahran Rugi RM425,000, Terkilan Dipandang Rendah Sebagai Penganjur Konsert – “Baru Nak Bina Nama, Macam Saya Tak Layak”

Menurut Ariff, pengalaman pahit itu bukan sahaja memberi kesan kewangan, malah turut menguji keyakinannya untuk terus bergerak dalam bidang penganjuran konsert.

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Chong Wei SAH Kanser Hidung Peringkat Awal

Susulan itu, Meja Sukan NSTP melaporkan pemain berusia 36 tahun berkemungkinan besar terpaksa ‘menggantung raket’ kerana sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang serius.

Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Tidak Terasa Hati, Amad Dayyan Anggap Usikan Rakan ‘Jangan Nyanyi Pegang Bahu’ Sekadar Gurauan

Amad Dayyan bersikap positif, tak kecil hati rakan mengusik nyanyi pegang bahu

Hiburan Sat, 21 Jun 2025
Featured Wed, 25 Sep 2019
Drama Wed, 24 Aug 2022
error: Content is protected !!