Categories: HiburanSelebriti

Hamil Anak Kedua, Hanis Zalikha Asyik Mengidam Makanan Manis

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen, Hanis Zalikha mendedahkan tabiat pelik sepanjang tempoh hamil anak kedua.

Hanis yang kini hamil enam bulan berkongsi cerita pengalaman kali ini berbeza berbanding sewaktu hamil anak pertama.

“ Dulu saya mengidam makan durian dan makanan laut sewaktu mengandungkan anak pertama. Kali ini lain sikit apabila saya sukakan makanan atau minuman manis.

“ Lebih berbeza, saya mengalami morning sickness yang teruk sepanjang tempoh hamil. Malah sampai sekarang pun saya sering muntah-muntah. Mujur suami sangat memahami,” katanya kepada XTRA.

Hanis yang ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Fayce memaklumkan dia rindu untuk kembali beraksi di kaca televisyen.

“ Kali terakhir muncul dalam drama ketika sebelum bertunang. Lama dah tak berlakon.

“ Malah pengarah Micheal Ang selalu bertanya bila saya mahu kembali berlakon. Bukan tidak mahu tetapi melihat kepada komitmen sekarang, sukar untuk saya bahagikan masa.

“ Saya pula tiada pembantu di rumah. Segala urusan penjagaan anak saya lakukan seorang diri. Jika Hairul ada di rumah, kami lakukan bersama. Masih terlalu awal nak buat keputusan kerana jika dah ada anak dua nanti, berkemungkinan besar saya perlu menggunakan khidmat pembantu,” katanya teruja.

Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.

Wartawan lokasi: SGMS Fas

SGMS Faida