Hamil Anak Kedua, Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Luar Biasa

Pelakon Puteri Sarah memaklumkan proses kehamilan kali ini agak berbeza berbanding sewaktu hamil anak pertama dulu.

Kata isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini, dia mengalami sakit kepala yang luar biasa di trimester pertama.

“ Sakit kepala kali ini lain sekali tetapi saya bertahan mengharunginya. Saya juga harap masalah ini akan berakhir kelak.

“ Apabila sakit itu menyerang, saya rasa macam nak hentak kepala ke dinding kerana tak  tahan. 

“ Kesakitan itu bukan hanya sesekali datang, ada ketika dirasai sepanjang hari. Nak ambil ubat, risau bahayakan kandungan,” katanya kepada BH Online.

Tambah Sarah, dia juga tidak berselera untuk makan yang sudah dimasak lama.

“ Banyak kerja yang tergendala, apatah lagi saya kini memberikan sepenuh tumpuan kepada anak dan perniagaan yang diusahakan,” katanya.

Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 32, dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Syaikhul Islam pada April tahun lalu.

SGMS Faida