Categories: Hiburan

Hampir 500 Orang Dibunuh Setiap Hari, Apa Sebenarnya Terjadi Di Sudan?

Dunia dikejutkan dengan isu pergolakan yang berlaku di Sudan sejak beberapa minggu yang lalu, sehingga ke hari ini dilaporkan hampir seramai 500 orang dibunuh, jumlah kematian yang dilaporkan ini semakin meningkat setiap hari. Namun, apa yang berlaku di Sudan terus menjadi tanda tanya. Kenapa rakyat Sudan lari bertempiaran dalam keadaan huru-hara meminta bantuan pihak berkuasa termasuk NGO, apa sebenarnya yang terjadi di negara bergolak itu?

Presiden Omar Al Bashir Digulingkan

Sudan merupakan salah satu negara yang mengamalkan sistem pemerintahan ketenteraan. Selepas Presiden Omar Al Bashir digulingkan berikutan isu rasuah dan isu makanan asasi semakin meningkat, Omar Al Bashir meletak jawatan pada 11 April 2019, tentera telah mengumumkan untuk bersama rakyat namun sebaliknya yang berlaku, Janjaweed ( tentera khas) digerakkan untuk membunuh rakyat Sudan yang tidak berdosa. 

Krisis Dah Lama Bermula

Krisis yang berlaku di negara Sudan sebenarnya telah lama terjadi bermula tahun 2003. Krisis Darfur dikenali sebagai The First Genocide in 21st century.

Rogol, Bunuh Wanita Dan Kanak-Kanak

Dipercayai, Tentera Sudan bertindak kejam dengan merogol malah membunuh wanita dan kanak-kanak dan membuang mayat mereka di Sungai Nil.

Terbaru, kempen keingkaran awam dilancarkan semula hari ini susulan insiden keganasan yang meragut puluhan nyawa rakan mereka pada awal minggu lalu.

Kementerian Kesihatan turut melaporkan sekurang-kurangnya 61 penunjuk perasaan yang menyertai protes duduk dan bantah di hadapan ibu pejabat tentera terbunuh dalam insiden keganasan tersebut dan 49 mereka ditembak dengan peluru hidup.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”