Hiburan By: SGMS Faida January 19, 2019 @ 9:07am

Hannah Delisha Makin Selektif Terima Tawaran?

Pelakon drama Aku Cinta Dia, Hannah Delisha memaklumkan tahun 2019 bakal menyaksikan kariernya bergerak pantas.

Selain dipilih menjadi duta jenama telefon antarabangsa Huawei, pelakon asal Singapura ini menerima banyak tawaran berlakon.

“ Walaupun banyak tawaran yang datang namun saya agak selektif kerana tidak mahu ambil semua tanpa memikirkan kualiti kerja. Bila dapat skrip, saya akan fikirkan dahulu sama ada boleh deliver atau tidak.

“ Saya akan sentiasa berkata jujur, kalau tidak boleh, saya akan kata tidak boleh. Namun begitu, itu tidak bermaksud saya begitu memilih. Saya akan cuba melakukan jika ada tawaran berlakon atau menyanyi, Insha Allah,” katanya kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Syafiq Kyle ini memberitahu dia akan masuk ke set penggambaran bermula Mac ini.

“ Saya bakal berganding dengan Abang Syukri Yahya untuk sebuah drama yang mengisi slot Akasia yang ditayang pada Ramadhan tahun ini,” katanya.

Dalam masa sama, Hannah memberitahu dia tidak lagi bersama syarikat pengurusan Faithful Music dan kini bergerak sendiri.  

Jangan lupa saksikan lakonan Hannah dalam drama Aku Cinta Dia setiap Rabu- Jumaat bermula 9 malam!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Featured Tue, 21 Feb 2023
familuv Thu, 2 Feb 2023

Sebak! Akhirnya Bersetuju Pindah Ke Semenanjung, Wawa Zainal Belikan Ibu Bapa Sebuah Rumah

Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat membahagiakan ibu bapa kita macam ni

Hiburan Sun, 5 May 2024

Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Abam Dah Jadi Ayah…Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Abam & Hidayah!

Featured Wed, 3 May 2023

Anna Jobling Sebak, Sempat Penuhi Impian Bertemu Peminat Cilik Menderita Penyakit Otot

Baik betul Anna ni, kita doakan moga adik Sofia kembali sembuh💖

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Rakaman Video Betty Rahmad Buat Ramai Netizen Sebak

Tahniah diucapkan kepada Betty Rahmad dan Ardy Damis kerana bakal menimang cahaya mata tak lama lagi….

Featured Thu, 22 Dec 2022