Pelakon tinggi lampai ini baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-24 semalam apabila Mimi turut berkongsi gambar beliau ketika berusia lingkungan 7 tahun untuk tatapan peminat beliau.

Meluahkan rasa syukur kerana usianya suda menginjak 24 tahun, pelakon Cari Aku Di Syurga ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua followers beliau yang telah meninggalkan ucapan dan doa diruang komen instagram miliknya.

 

” Tak mampu nak balas semua, tapi Mimi baca semua, love you!” Tulisnya.
Terdahulu, Mimi turut membintangi filem Pusaka gandingan bersama Syafiq Kyle, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.
Salma Syahbuddin